RENUNGKANKLAH……
Lazimnya semakin berharga sesuatu benda itu, semakin kuat si pemilik menjaganya, tetapi jika benda itu berharga murah, dia jarang mempedulikannya. Sebagai contoh:-
Kereta yang baru dibeli akan sentiasa di jaga dan dicuci agar sentiasa kelihatan cantik. Bagi seseorang muslim, hidayah daripada Allah S.W.T adalah harta yang paling berharga walaupun hidayah adalah sesuatu yang tidak nampak.
Ada sebuah cerita mengenai seorang wanita yang baru memeluk islam tetapi ibu bapanya tidak dapat menerima keputusan si anak lalu menghalaunya dari rumah. Tetapi kekuasaan Allah S.W.T bahawa dengan kurniaNYA seseorang boleh mendapat hidayah dan membuat pilihan tepat walaupun terpaksa melalui ranjau berduri.
Apabila Allah S.W.T telah menanamkan hidayah dalam kalbu, tidak ada seorang pun yang mampu mengambilnya semula. Contohnya BILAL bin RABAH, dia dijemur dan didera di bawah panas terik mentari, beralaskan pasir panas dan badan dihimpit dengan batu berat ,tetapi bibirnya terus mengucapkan ‘AHAD,AHAD,AHAD’ yakni ‘TUHAN YANG ESA’.
Begitu juga dengan wanita yang baru memeluk islam,hanya dengan izin Allah S.W.T dia dapat menutup semula auratnya dan dengan hati yang sedih, dia mengikut pembantu rumah dan rela meninggalkan keluarga dan kemewahan kerana agama suci. Allah lah yang berkuasa membuka pintu hati dan melepaskan sesiapapun daripada kesempitan. Ada yang sibuk menjaga harta kerana dia menganggap harta itulah yang paling bernilai dalam hidupnya. Ada pula yang sibuk merawat wajah supaya kelihatan muda kerana muda itulah yang dianggap paling bernilai, padahal wajah akan berkedut apabila meniti usia tua.
Ada juga yang bermati matian menjaga pangkatnya kerana pangkat itulah yang dianggap paling bernilai. Tetapi bagi orang yang beriman, taufik dan hidayah daripada Allah S.W.T menjadi sesuatu yang harus dijaga bersungguh-sungguh kerana dia yakin keselamatan hidup tidak akan diperolehi kecuali dengan hidayah dan taufik daripadaNYA.
Hakikatnya,IMAN itu nilainya melampaui semua yang berharga di dunia ini. Maka, dalam mencari apa sekalipun , kita harus mentaati peraturan Allah S.W.T supaya tidak sampai memadamkan cahaya hidayah.
Rasulullah S.A.W mengajar kita sebuah doa yang bermaksud:-
“Ya Tuhan kami, jangan jadikan hati ini condong kepada kesesatan sesudah engkau memberi petunjuk dan kurniakan kepada kami rahmat dari sisimu. Sesungguhnya engkau maha pemberi kurnia”.(surah ali-imran ayat 8)
Demikianlah kita digalakkan selalu memohon supaya berada dalam cahaya hidayahNYA. Imam Ibnu Athailah mengatakan, NUR IMAN, KEYAKINAN dan ZIKIR adalah kenderaan yang dapat menghantarkan hati manusia ke hadrat Allah S.W.T serta menerima segala rahsia daripadaNYA….wallahu’alam
Sabda Rasulullah S.A.W :-
Barang siapa yang mampu menjaga apa yang terdapat di antara 2 janggutnya dan apa yang ada di antara 2 kakinya, maka aku jamin akan masuk syurga. Muttafaqun’alaih…
Sabda Rasulullah S.A.W :-
Peliharalah lidahmu, tahanlah tinggal di rumahmu dan tangisilah dosa-dosamu. Riwayat At Tarmidzi……
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan