Selasa, 14 April 2009

Bercuti di Cameron Highland

Cameron Highlands merupakan tempat perlancongan yang kerap dikunjungi oleh pelancong dalam mahupun luar negara. Kami sekeluarga tidak melepaskan peluang untuk ke sana. Equatorial merupakan tempat persinggahan kami di sini. Lama jugak le kami tidak ke sini, kalau tak silap dalam 6 @ 7 tahun yang lepas. Kali ni kami ke sana kerana menunaikan hajat anak ke 2 yang bersunat pada minggu berikutnya. Untuk tidak menghampakannya terpaksalah kami menongkak bukit untuk merasai kesegaran udara sejuk di tanah tinggi yang popular ini. Terdapat banyak perubahan yang di dapati disini. Anak-anak apa lagi le, sibuk dengan angan-angan masing-masing. Anak bongsu saya, Nabila dah tak sabar-sabar menunggu saat ini. Paling utama yang dia sibuk sangat nak makan strawberi.

Tiada ulasan: