Jumaat, 17 April 2009

Buat Renungan

RENUNGKANKLAH……


Lazimnya semakin berharga sesuatu benda itu, semakin kuat si pemilik menjaganya, tetapi jika benda itu berharga murah, dia jarang mempedulikannya. Sebagai contoh:-
Kereta yang baru dibeli akan sentiasa di jaga dan dicuci agar sentiasa kelihatan cantik. Bagi seseorang muslim, hidayah daripada Allah S.W.T adalah harta yang paling berharga walaupun hidayah adalah sesuatu yang tidak nampak.

Ada sebuah cerita mengenai seorang wanita yang baru memeluk islam tetapi ibu bapanya tidak dapat menerima keputusan si anak lalu menghalaunya dari rumah. Tetapi kekuasaan Allah S.W.T bahawa dengan kurniaNYA seseorang boleh mendapat hidayah dan membuat pilihan tepat walaupun terpaksa melalui ranjau berduri.

Apabila Allah S.W.T telah menanamkan hidayah dalam kalbu, tidak ada seorang pun yang mampu mengambilnya semula. Contohnya BILAL bin RABAH, dia dijemur dan didera di bawah panas terik mentari, beralaskan pasir panas dan badan dihimpit dengan batu berat ,tetapi bibirnya terus mengucapkan ‘AHAD,AHAD,AHAD’ yakni ‘TUHAN YANG ESA’.

Begitu juga dengan wanita yang baru memeluk islam,hanya dengan izin Allah S.W.T dia dapat menutup semula auratnya dan dengan hati yang sedih, dia mengikut pembantu rumah dan rela meninggalkan keluarga dan kemewahan kerana agama suci. Allah lah yang berkuasa membuka pintu hati dan melepaskan sesiapapun daripada kesempitan. Ada yang sibuk menjaga harta kerana dia menganggap harta itulah yang paling bernilai dalam hidupnya. Ada pula yang sibuk merawat wajah supaya kelihatan muda kerana muda itulah yang dianggap paling bernilai, padahal wajah akan berkedut apabila meniti usia tua.

Ada juga yang bermati matian menjaga pangkatnya kerana pangkat itulah yang dianggap paling bernilai. Tetapi bagi orang yang beriman, taufik dan hidayah daripada Allah S.W.T menjadi sesuatu yang harus dijaga bersungguh-sungguh kerana dia yakin keselamatan hidup tidak akan diperolehi kecuali dengan hidayah dan taufik daripadaNYA.


Hakikatnya,IMAN itu nilainya melampaui semua yang berharga di dunia ini. Maka, dalam mencari apa sekalipun , kita harus mentaati peraturan Allah S.W.T supaya tidak sampai memadamkan cahaya hidayah.

Rasulullah S.A.W mengajar kita sebuah doa yang bermaksud:-

“Ya Tuhan kami, jangan jadikan hati ini condong kepada kesesatan sesudah engkau memberi petunjuk dan kurniakan kepada kami rahmat dari sisimu. Sesungguhnya engkau maha pemberi kurnia”.(surah ali-imran ayat 8)

Demikianlah kita digalakkan selalu memohon supaya berada dalam cahaya hidayahNYA. Imam Ibnu Athailah mengatakan, NUR IMAN, KEYAKINAN dan ZIKIR adalah kenderaan yang dapat menghantarkan hati manusia ke hadrat Allah S.W.T serta menerima segala rahsia daripadaNYA….wallahu’alam

Sabda Rasulullah S.A.W :-

Barang siapa yang mampu menjaga apa yang terdapat di antara 2 janggutnya dan apa yang ada di antara 2 kakinya, maka aku jamin akan masuk syurga. Muttafaqun’alaih…


Sabda Rasulullah S.A.W :-

Peliharalah lidahmu, tahanlah tinggal di rumahmu dan tangisilah dosa-dosamu. Riwayat At Tarmidzi……

Istimewanya Wanita

Sekadar renungan buat insan yang bergelar wanita........................

Ketahuilah betapa istimewanya menjadi wanita. Betapa bertuahnya menjadi wanita. Bersyukurlah kerana menjadi wanita. Bacalah risalah ini dengan niat untuk diamalkan dan sampaikan kepada mereka yang lain.
Insya Allah.

Istimewanya Wanita :

1. Doa wanita lebih maqbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulallah s.a.w. akan hal tersebut, jawab baginda : "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."

2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 orang lelaki yang tidak soleh.

3. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.

4. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.

5. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s.w.t. dan orang yang takutkan Allah s.w.t. akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

6. Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah)lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah.Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah- olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail a.s.

7. Tidaklah seorang wanita yang haidh itu, kecuali haidhnya merupakan kifarat (tebusan) untuk dosa-dosanya yang telah lalu, dan apabila pada hari pertama haidhnya membaca "Alhamdulillahi'alaa Kulli Halin Wa Astaghfirullah Segala puji bagi Allah dalam segala keadaan dan aku mohon ampun kepada Allah dari segala dosa." ; maka Allah menetapkan dia bebas dari neraka dan dengan mudah melalui shiratul mustaqim yang aman dari seksa, bahkan AllahTa'ala mengangkatnya ke atas darjat, seperti darjatnya 40 orang mati syahid, apabila dia selalu berzikir kepada Allah selama haidhnya.

8. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku(Rasulullah s.a.w.) di dalam syurga.

9. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ehsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa taqwa serta bertanggung jawab, maka baginya adala syurga.

10. Daripada Aisyah r.ha. "Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka."

11. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

12. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

13. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung diudara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan meredhainya. (serta menjaga sembahyang dan puasanya).

15. Aisyah r.ha. berkata "Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w. siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita ?" Jawab baginda, "Suaminya" "Siapa pula berhak terhadap lelaki ?" Jawab Rasulullah s.a.w. "Ibunya".

16. Seorang wanita yang apabila mengerjakan solat lima waktu, berpuasa wajib sebulan (Ramadhan), memelihara kehormatannya serta taat kepada suaminya, maka pasti akan masuk syurga dari pintu mana saja yang dia kehendaki.

17. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah s.w.t. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya(10,000 tahun).

18. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah s.w.t. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

19. Dua rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

20. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.

21. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.

22. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah s.w.t. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s.w.t.

23. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.

24. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

25. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.

26. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yangdiberikannya.

27. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), makamalaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

28. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

29. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

30. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila diahiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat. Apabila seorang wanita mencucikan pakaian suaminya, maka Allah mencatatkan baginya seribu kebaikan, dan mengampuni dua ribu kesalahannya,bahkan segala sesuatu yang disinari sang suria akan meminta keampunan baginya, dan Allah mengangkatkannya seribu darjat untuknya.

31. Seorang wanita yang solehah lebih baik daripada seribu orang lelaki yang tidak soleh, dan seorang wanita yang melayani suaminya selama seminggu, maka ditutupkan baginya tujuh pintu neraka dan dibukakan baginya lapan pintu syurga, yang dia dapat masuk dari pintu mana saja tanpa dihisab.

32. Mana - mana wanita yang menunggu suaminya hingga pulanglah ia, disapukan mukanya, dihamparkan duduknya atau menyediakan makan minumnya atau merenung ia pada suaminya atau memegang tangannya, memperelokkan hidangan padanya, memelihara anaknya atau memanfaatkan hartanya pada suaminya kerana mencari keredhaan Allah, maka disunatkan baginya akan tiap-tiap kalimah ucapannya, tiap-tiap langkahnya dan setiap renungannya pada suaminya sebagaimana memerdekakan seorang hamba…

33. Pada hari Qiamat kelak, Allah kurniakan Nur hingga tercengang wanita mukmin semuanya atas kurniaan rahmat itu. Tiada seorang pun yang sampai ke mertabat itu melainkan Nabi-nabi.

34. Tidakkan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya.

35. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suaminya melihat isterinya dengan kasih sayang akan di pandang Allah dengan penuh rahmat.

36. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.

37. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan medapat pahala jihad.

38. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak.

39. Dari Hazrat Muaz : Mana-mana wanita yang berdiri atas dua kakinya membakar roti untuk suaminya hingga muka dan tangannya kepanasan oleh api, maka diharamkan muka dan tangannya dari bakaran api neraka.

40. Thabit Al Banani berkata : Seorang wanita dari Bani Israel yang buta sebelah matanya sangat baik khidmatnya kepada suaminya. Apabila ia menghidangkan makanan dihadapan suaminya, dipegangnya pelita sehingga suaminya selesai makan. Pada suatu malam pelitanya kehabisan sumbu, maka diambilnya rambutnya dijadikan sumbu pelita. Pada keesokannya matanya yang buta telah celik. Allah kurniakan keramat (kemuliaan pada perempuan itu kerana memuliakan dan menghormati suaminya).

41. Pada suatu ketika di Madinah, Rasulullah s.a.w. keluar mengiringi jenazah. Baginda dapati beberapa orang wanita dalam majlis itu. Baginda lalu bertanya, "Adakah kamu menyembahyangkan mayat?" Jawab mereka, "Tidak" Sabda Baginda "Seeloknya kamu sekalian tidak perlu ziarah dan tidak ada pahala bagi kamu. Tetapi tinggallah di rumah dan berkhidmatlah kepada suami nescaya pahalanya sama dengan ibadat-ibadat orang lelaki.

42. Wanita yang memerah susu binatang dengan 'Bismillah' akan di doakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan…

43. Wanita yang menguli tepung gandum dengan 'Bismillah', Allah akan berkatkan rezekinya…

44. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di Baitullah…


45. "Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika membuat roti, Allah akan mebinakan 7 parit di antara dirinya dengan api neraka, jarak di antara parit itu ialah sejauh langit dan bumi”…

46. "Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang, Allah akan mencatatkan untuknya perbuatan baik sebanyak utus benang yang dibuat dan memadamkan seratus perbuatan jahat”…

47. "Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang menganyam akan benang dibuatnya, Allah telah menentukan satu tempat khas untuknya di atas tahta di hari akhirat”…

48. "Wakai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang dan kemudian dibuat pakaian untuk anak-anaknya maka Allah akan mencatatkan baginya ganjaran sama seperti orang yang memberi makan kepada 1000 orang lapar dan memberi pakaian kepada 1000 orang yang tidak berpakaian."

49. "Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang meminyakkan rambut anaknya, menyikatnya, mencuci pakaian mereka dan mencuci akan diri anaknya itu, Allah akan mencatatkan untuknya pekerjaan baik sebanyak helai rambut mereka dan memadamkan sebanyak itu pula pekerjaan jahat dan menjadikan dirinya kelihatan berseri di mata orang-orang yang memerhatikannya”…

50. Sabda Nabi s.a.w. : "Ya Fatimah barang mana wanita meminyakkan rambut dan janggut suaminya, memotong misai dan mengerat kukunya, Allah akan memberi minum akan dia dari sungai-sungai serta diringankan Allah baginya sakaratul maut dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman daripada taman- taman syurga dan dicatatkan Allah baginya kelepasan dari api neraka dan selamatlah ia melintas Titian Shirat”…

51. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat…

52. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut…

53. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah…

54. Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah…

55. Salah satu tanda keberkatan wanita itu ialah cepat perkahwinannya, cepat pula kehamilannya dan ringan pula maharnya (mas kahwin)…

56. Sebaik-baik wanita ialah wanita (isteri) yang apabila engkau memandang kepadanya ia menggirangkan engkau, jika engkau memerintah ditaatinya perintah engkau (taat) dan jika engkau berpergian dijaga harta engkau dan dirinya…

57. Dunia yang paling aku sukai ialah wanita solehah…

Khamis, 16 April 2009

Mental Arithmetic

Anak ke 2, Fadhly (berbaju biru) semasa Competition di Multimedia University, Cyberjaya


More than arithmetic
Many people often assume that learning mental arithmetic is merely a method to improve the speed and accuracy of calculations, for example, adding 10-digit numbers withln a few seconds. By itself,it is already an amazing accomplishment for most young children. However, there is more to thls because when the children are learning U C MAS Mental Arithmetic, they are actually also undergolng the process developing other aspects of the mind. When the children have acquired an astonishing calculation speed, it is actually only the end result of having developed the following mental abilities : concentration, observation, vlsualization & imagination, and memory.


Concentration
Concentration is the concentrated and directed attention towards a particular matter with clear reflection that creates a deep image and mental impression. An enhanced concentration leads to better absorption power. Studying will then be a joyfuI thlng for these children. In the abacus and mental arithmetic education children will be tralned to concentrate when Iistening to the teachers questions (that ranges from easy to difficult) and then focus on calculating the answers as accurately as possible.

Observation
Observtion is the ability to compare and analyse and differentiate objects, motives and steps. It is also a state of alertness and swiftness of the mind and senses. This comes from the need to understand the theoretical requirements of each calculation and at the same time be aware of the time, and promptings from the teachers.
Visualization and Imagination
By using the imagination of the right braln to visualize the abacus in mind, inevitably the powers of visualization would become sharp and clear. Albert Einstein believes that the imagination is important than knowledge, because imagination is the main source of yet-to-be-discovered knowledge.


Memory
Memory is the ability to store and retrieve information and experiences. It has been found that memory in the left brain would not stay long, but an image that is recorded in the right brain would stay on in the mind forever. By stimulating the right brain with mental arithmetic, and in combination with the alertness of the eyes, ears and hands, the ability to store and recall is developed together.
Therefore, the ability to solve 10-digits arithmetic problems in only a few seconds is only a small success in comparison to the actual mental training that has been done in order to achieve the skill to perform rapid calculations.


Course Structure
Learners' levels
Suitable for:-
Pre-school children - Age 4 ~ 6
Basic addition, subtraction with and without using abacus
Learning games and activities and manipulating beads
Primary children - Age 7 ~ 13
Addition, subtraction, multiplication and division with and without using abacus
Visualization, listening, speed calculation
Course duration
Three years
Entry requirements
None
Certifying Authorities
U C MAS Abacus & Mental Arithmetic Academy in collaboration with the China Zhusuan Association.
Teacher/learner ratio
1:15

Course session
2 hours per week (to be allocated flexibly)Each level 3 months
Medium of instruction Bahasa Malaysia, Mandarin or English

Examination
U C MAS Academy of Mental Arithmetic, in collaboration with the China Zhusuan Association, will organize international abacus and mental arithmetic grading examinations twice every year.
Each paper will vary from Grade 1 to Grade 10 and the Grand Level, in which the Grand Level is the highest level of the examinations.
Examination results will be classified into the grades of distinction, credit, pass and fail. Certificates will be awarded to students who have passed the examinations.


Selasa, 14 April 2009

Selamat Harijadi Abang


Setiap hari adalah istimewa buat saya dan keluarga tapi hari ini tanggal 15/4/2009 merupakan hari yang lebih istimewa kerana hari ni adalah hari jadi suami saya. Pagi-pagi lagi saya dah ucapkan "Selamat Harijadi Abang". Tidak lupa juga saya panjatkan doa kehadrat Ilahi semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki.

Abah & Mak


"Ayah dan ibu" (nyanyian Allahyarham Sudirman)
Itulah permulaan kami
Dapatlah melihat bulan dan Matahari
Ahai…
Yang dikurniakan dari Ilahi
Ahai…
Ayah dan ibu lah
Mesti dihormati
Ayah dan ibu
Wali dan juga keramat
Pada mereka kita beri hormat
Ahai…
Bagilah tunjuk ajar dan Nasihat
Supaya hidup
Supaya hidup kita akan selamat





Bercuti di Cameron Highland

Cameron Highlands merupakan tempat perlancongan yang kerap dikunjungi oleh pelancong dalam mahupun luar negara. Kami sekeluarga tidak melepaskan peluang untuk ke sana. Equatorial merupakan tempat persinggahan kami di sini. Lama jugak le kami tidak ke sini, kalau tak silap dalam 6 @ 7 tahun yang lepas. Kali ni kami ke sana kerana menunaikan hajat anak ke 2 yang bersunat pada minggu berikutnya. Untuk tidak menghampakannya terpaksalah kami menongkak bukit untuk merasai kesegaran udara sejuk di tanah tinggi yang popular ini. Terdapat banyak perubahan yang di dapati disini. Anak-anak apa lagi le, sibuk dengan angan-angan masing-masing. Anak bongsu saya, Nabila dah tak sabar-sabar menunggu saat ini. Paling utama yang dia sibuk sangat nak makan strawberi.

Isnin, 13 April 2009

Keluargaku


Bergambar dipagi selepas solat sunat sempena Hari Raya Aidil Fitri yang lalu. Kami sekeluarga tidak melepaskan peluang untuk bergambar. Dari kiri Fadhly, Nabila, saya, suami dan Fahmi. Gambar ni di ambil kat rumah mak di Perak.